KAD KREDIT BSN G-CARD VISA

KAD KREDIT KHAS UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM

Pada 12 September 2019, Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) telah melancarkan Kad Kredit BSN G-Card Visa. Kad Kredit jenama bersama BSN dan MAKSAK ini diperkenalkan khas untuk semua penjawat awam Malaysia. Majlis pelancaran Kad Kredit BSN G-Card Visa telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Yang Dipertua MAKSAK Malaysia bersempena dengan Majlis Malam Anugerah MAKSAK 2018 bertempat di Dewan Puspanitapuri, Putrajaya. Kad ini merupakan satu-satunya kad kredit di Malaysia yang dikeluarkan oleh BSN istimewa untuk penjawat awam. Kad unik ini lengkap dengan keistimewaan eksklusif dengan caj kewangan serendah 8.88% setahun (jika dibanding dengan pasaran, kadar yang dikenakan adalah sehingga 18% setahun). BSN menyediakan kedua-dua kad Islamik atau kad konvensional sebagai pilihan. Semua penjawat awam yang berkelayakan dan mempunyai pendapatan bulanan RM2,000 ke atas layak memohon kad ini. Untuk memohon Kad Kredit BSN-G-Card Visa, sila kunjungi cawangan BSN berhampiran atau layari www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=1328 untuk info lanjut.