TENTANG KAMI

Fungsi


  1. Menganjurkan program / aktiviti bagi membolehkan ahli-ahli gabungan mengasah dan memperkembangkan bakat mereka samada dalam bidang sukan dan kebudayaan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  2. Menjadikan progaram / aktiviti yang dijalankan sebagai satu landasan untuk ahli-ahli gabungan memupuk dan mengeratkan tali silaturahim dan semangat setiakawan tanpa mengira batasan sempadan kenegerian, kumpulan perkhidmatan dan peringkat jawatan;
  3. Memberi ruang kepada ahli-ahli gabungan, melalui program / aktiviti yang dijalankan menambah pengetahuan dan menimba pengalaman dalam usaha menjadikan kakitangan sektor awam sentiasa dalam keadaan siap sedia dan berkemampuan melaksanakan sebarang tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan;
  4. Mempelbagaikan usaha untuk menambah tabung kewangan Majlis, bagi mempastikan penganjuran / aktiviti dapat diadakan dengan meriah, lancar, teratur dan berkesan

Visi


Untuk Menjadikan Satu-Satunya Pertubuhan Kerajaan Yang Terunggul Bagi Mencapai Matlamat Yang Dihasratkan

Misi


Menjadi Penghubung Dalam Mengeratkan Tali Silaturahim Antara Anggota Perkhidmatan Awam Yang Berada Di Peringkat Persekutuan, Negeri Atau Daerah Di Samping Membantu Melahirkan Anggota Perkhidmatan Awam Yang Sihat, Cergas, Berdisiplin, Komited Dan Berdaya Saing

Motto


“Meningkatkan Produktiviti Melalui Sukan”

SEJARAH MAKSAK


1956

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Tanah Melayu telah ditubukan secara sukarela untuk menjalankan kegiatan sukan antara Jabatan-Jabatan Kerajaan.

1957

Kejohanan Olahraga Pertama menggunakan lambang MAJLIS ini telah diadakan sempena Hari Kemerdekaan Tanah Melayu;

1959

MAJLIS ini telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan pada 30 Mei 1959 dengan Nombor Perdaftaran 1363 (Sel);

1963

Nama MAJLIS ini telah ditukar kepada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Malaysia).