PERUTUSAN

YANG DIPERTUA

MAKSAK MALAYSIA

KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Melihat kepada pencapaian yang berjaya dicapai oleh MAKSAK Malaysia pada tahun-tahun sebelumnya, saya mengharapkan agar pencapaian pada tahun ini terus dikekalkan seterusnya menjadikan penubuhan MAKSAK sebagai sebuah agensi yang terus relevan. Dengan mengambil kira saranan Perdana Menteri supaya memupuk budaya bersukan dalam kalangan Penjawat Awam, saya mengharapkan lebih banyak program sukan dapat dianjurkan pada tahun ini untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi melahirkan Penjawat Awam yang berkualiti kerana Minda yang baik datang daripada tubuh badan yang sihat. Oleh itu, saya berharap agar semua Badan Gabungan MAKSAK dapat membantu bagi melancarkan perjalanan program dan kejohanan yang akan dianjurkan kelak.

YBHG. DATUK SERI DR. ISMAIL BIN BAKAR

Yang Dipertua

MAKSAK Malaysia